Friday, June 2, 2023
24.7 C
Brunei

    -

    PBLBD raih kejayaan di Sarawak

    Oleh Hajah Saemah Kepli

     

    KUALA BELAIT, 30 Okt – Persatuan Bot Laju Brunei Darussalam (PBLBD) yang mewakili negara ke Perlumbaan Bot Laju di Bintangor, Sarawak baru-baru ini, telah kembali dengan kejayaan.

    Setiausaha Agung PBLBD, Dayang Hajah Siti Aisah binti Haji Abd Jalil memberitahu Media Permata hari ini, wakil persatuan Awang Jeremy Naweh telah meraih tempat pertama dalam perlumbaan kategori SST60 Class Tunnel Boat pada hari pertama, Sabtu lalu dan muncul lagi naib juara dalam perlumbaan hari kedua pada Ahad dalam kategori yang sama.

    Manakala untuk Kategori 50HP Tunnel Boat, wakil persatuan daripada Pasukan Bunut Racing diketuai oleh Haji Haziz berjaya meraih tempat ketiga, juga pada perlumbaan hari kedua.

    Perlumbaan selama dua hari itu menyaksikan perlumbaan yang dibahagikan kepada kategori 30HP (2 Piston) Tunnel Boat, SST 45 Class Tunnel Boat, SST 60 Class Tunnel Boat, 3HP Speed Boat, Pumski, 18HP Bot Panjang dan sebagainya.

    PBLBD telah menghantar lima orang wakil yang terdiri daripada Awang Naweh Ura, Awang Zailan Zaini, Awang Jeremy Naweh dan Awang Yusrin Ramlee dan Pasukan Bunut Racing.

    Wakil Persatuan Bot Laju Brunei Darussalam meraikan kemenangan mereka pada acara Perlumbaan Bot Laju di Bintangor Sarawak.

    Persatuan sangat berbangga kerana mereka telah berjaya mengharumkan nama negara selain telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan,” kata Dayang Hajah Siti Aisah.

    PBLBD yang sering menyertai perlumbaan di negara jiran, berjaya mencapai sasaran seperti pada perlumbaan mereka sebelum ini.

    Pada Ahad ini nanti, wakil pelumba PBLBD akan berentap dengan pelumba lain termasuk pasukan daripada negara jiran pada perlumbaan anjuran bersama Jabataan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait dan PBLBD di kawasan Sungai Belait bermula pukul 8 pagi.

    “Kami berharap orang ramai akan memberikan sokongan kepada pelumba kita pada hari tersebut,” kata Dayang Hajah Siti Aisah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -