Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    PBMP, DPS meterai perjanjian

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 MAC – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP) dan Darussalam Pilotage Services Sdn Bhd (DPS) pada hari ini telah menandatangani persefahaman bagi pengurusan dan pengendalian perkhidmatan pemaliman dan penundaan.

    Majlis yang berlangsung di Pejabat DPS tersebut turut disaksikan oleh pegawai kanan, pengurusan dan kakitangan PBMP dan DPS.

    Menandatangani bagi pihak DPS ialah Pengurus Besar DPS, Kapten (B) Zil Husam Abdul Rahman manakala PBMP diwakili oleh pemangku ketua pegawai eksekutifnya, Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew @ Martin.

    Di bawah perjanjian lesen awam, DPS diberi kebenaran untuk menjalankan perkhidmatan pemaliman dan penundaan.

    Perjanjian itu dijangka melancarkan pertumbuhan perniagaan maritim bagi me-rangsang pembangunan ekonomi secara keseluruhan.

    Kapten (B) Zil Husam Abdul Rahman dan Kapten Abdul Mateen Abdurrahman Liew @ Martin bergambar bersama pegawai dan kakitangan PBMP dan DPS pada majlis penandatanganan yang berlangsung di Pejabat DBS. – Gambar serahan PBMP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...