Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    PBMP umum jadual perjalanan feri ke Labuan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (PMBP) dalam kenyataan yang dikeluarkan, memaklumkan orang ramai mengenai jadual terkini operasi feri penumpang dan kenderaan bagi perjalanan antara Brunei Darussalam dan Wilayah Persekutuan Labuan.

    Bermula 12 September, jadual perjalanan bagi feri penumpang ialah Isnin hingga Ahad menggunakan kapal Sri Labuan Tiga, di mana kapal tiba pada pukul 10:45 pagi dan bertolak pada pukul 1 petang.

    Waktu operasi bagi feri kenderaan ialah pada Isnin, Rabu dan Jumaat menggunakan kapal MV Joy Star, di mana kapal tiba pada pukul 11:30 pagi dan bertolak pada pukul 12:30 tengah hari.

    Bagi tempahan tiket, orang ramai dinasihatkan untuk berhubung terus dengan syarikat pengendali feri sekurang-kurangnya sehari sebelum membuat pelayaran.

    Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi syarikat pengendali feri berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...