Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PBSM adakan majlis penyampaian surat lantikan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan PBSM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, kelmarin telah mengadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Jawatan dan Sijil Tauliah Pangkat Sesi Tadbir Urus 2023 – 2027 yang berlangsung di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi.

    Ia adalah bagi ahli-ahli Majlis Kebangsaan, Lembaga Jemaah Tadbir, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan, Jawatankuasa Platun Daerah, Jawatankuasa Platun Kadet Sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan dan Jawatankuasa Eksekutif Platun Korporat Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) serta Lembaga Pemimpin Belia Bulan Sabit Merah Kebangsaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang turut menyempurnakan penyampaian surat lantikan jawatan dan sijil tauliah pangkat.

    Pada acara tersebut, Yang Berhormat Dato juga telah dibawa melawat Hab Ilmu BRC dan Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan BRC di lokasi sama.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan sijil lantikan dan surat tauliah.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bergambar ramai pada acara tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...