Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    PBSM adakan Mesyuarat Agung ke-11

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Majlis Kebangsaan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam, hari ini telah mengadakan Mesyuarat Agung ke-11 di Kompleks Annajat.

    Mesyuarat berkenaan telah dirasmikan oleh Presiden PBSM, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff bin Pengiran Haji Bahar yang juga pengerusi majlis kebangsaan persatuan berkenaan.

    Pada mesyuarat itu, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff telah dilantik semula selaku pengerusi majlis kebangsaan dan presiden lembaga jemaah tadbir 2023-2024, manakala Haji Mohd Suhaimi bin Haji Ibrahim dilantik selaku setiausaha agung dan ketua pegawai eksekutif.

    Antara agenda mesyuarat adalah pelantikan ahli-ahli kehormat, ahli Majlis Kebangsaan Lembaga Jemaah Tadbir Sesi 2023-2024 dan ahli Jawatankuasa Eksekutif EXCOMM 2023-2024.

    Selain itu, mesyuarat juga mengesahkan lantikan ahli kehormat, ahli majlis kebangsaan, jemaah tadbir dan jawatankuasa eksekutif.

    Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Yusoff dan Haji Mohd Suhaimi semasa mesyuarat tersebut.
    Antara yang hadir pada Mesyuarat Agung PBSM ke-11 di Kompleks Annajat kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...