PBSM terima sumbangan komputer

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Nex.Us Sdn Bhd telah menyumbangkan sebanyak dua unit komputer jenama Dell kepada Pusat Panggilan Persatuan Bulan Sabit Merah Brunei (PBSM) di mana penyerahan secara rasmi komputer tersebut diadakan di BRC COVID-19 Risk Deployment & Logistics Hub di Pejabat Pos Bunut.

Nex.Us Sdn Bhd diwakili oleh Ketua Penambahbaikan Komunikasi, Haji Ideris bin Haji Ali yang menyerahkannya kepada Haji Mohd Yusri bin Haji Wahsalfelah selaku ketua hubungan kerajaan dan syarikat berkaitan dengan kerajaan.

Pusat Panggilan PBSM ditubuhkan untuk menyokong dan membantu Kementerian Kesihatan dalam menangani pertanyaan umum mengenai BruHealth isu aplikasi dan Talian Kesihatan 148. Pusat panggilan tersebut beroperasi pada setiap hari bermula dari pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang.

Wakil PBSM menerima sumbangan daripada Nex.Us Sdn Bhd.