Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

PCBL lancar School of Life ke-2

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Petronas Carigali Brunei Ltd (PCBL) telah melancarkan tahun kedua program School of Life Petronas, yang akan mendidik kira-kira 500 belia tentang kemahiran hidup yang penting di luar bilik darjah.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh PCBL yang akan dikendalikan oleh Curious Mind itu telah dirasmikan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad pada majlis yang berlangsung di Universiti Brunei Darussalam, hari ini.

Turut hadir selaku tetamu khas ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebuda-yaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin, Pemangku Setiausaha Tetap, Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Petra, dan ketua-ketua institusi yang terlibat.

Ketua Negara PCBL, Mohd Johan Ariff bin Mohd Supian dalam ucapannya berkata,
“Kami digalakkan untuk meneruskan program School of Life Petronas tahun ini selepas menyaksikan perubahan ketara dalam kehidupan mereka yang menghadiri program itu tahun lepas.

“Di Petronas, kami percaya dalam meningkatkan kehidupan masyarakat tempat kami beroperasi dan program ini membantu memperkasakan belia dengan harga diri yang lebih tinggi dan kemahiran sosial-emosi yang penting untuk membuka jalan mereka ke hadapan sebagai pemimpin masa depan,” tambah beliau.

Program itu, yang bermula hari ini hingga 25 November depan, merangkumi 20 topik dan dibahagikan kepada lima modul utama termasuk Perubahan dan Adaptasi, Kerjaya, Komuniti dan Persekitaran, Keusahawanan, dan Komunikasi.

Sesi tersebut akan dikendalikan oleh Pengasas Curious Mind, Shaun Hoon dan akan dijalankan di institusi yang mengambil bahagian iaitu UBD, Universiti Teknologi Brunei (UTB), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Universiti Islam Sultan Sharif Ali
(UNISSA) dan Politeknik Brunei.

Semua kerusi untuk para peserta ditaja sepenuhnya oleh PCBL. Pihak yang berminat daripada institusi yang mengambil bahagian boleh bertanya dengan majlis sekolah masing-masing.

Dr Haji Azman dan tetamu khas bergambar ramai bersama ketua-ketua institusi yang terlibat.
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -