PDB bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mei – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan bertahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit di Kubah Makam Diraja.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali beserta para pengarah, pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota PDB.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah seterusnya membaca Surah Yasin dan Tahlil dipimpin oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir.

Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja merupakan salah satu aktiviti keagamaan yang telah disusun bagi memperolehi keberkatan yang berlipat ganda bersempena bulan Ramadan ini.

Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy ketika hadir pada majlis tersebut.