PDB meriahkan Maulidur Rasul

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) tidak ketinggalan menyemarakkan Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan majlis dikir selama 12 malam berturut-turut di surau-surau pasukan polis di seluruh negara yang berakhir malam ini.

Majlis penutup dikir PDB telah berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid. Turut hadir ialah para pengarah jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota pangkat rendah PDB.

Majlis Dikir Maulud merupakan aktiviti keagamaan yang dikendalikan setiap tahun oleh Badan Ugama Islam PDB sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pegawai dan anggota pangkat rendah PDB.

Majlis penutup dikir PDB berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.