PDB terima sumbangan untuk anggota barisan depan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) hari ini, telah menerima sumbangan berupa 5,000 keping penutup mulut dan hidung serta 10 unit pengimbas suhu badan daripada Ong Marble Trading Company dan Kamila Construction Sdn Bhd bagi kegunaan pegawai dan anggota barisan depan PDB dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh wakil kedua-dua buah syarikat berkenaan, May Su Chiu Ping dan Dayang Umikalsom binti Mat Saruddin kepada Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan PDB, Awang Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali pada majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat PDB.

PDB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ong Marble Trading Company dan Kamila Construction Sdn Bhd atas sumbangan ikhlas bagi sama-sama membantu dalam pencegahan wabak COVID-19.

Awang Mohammad Zulhilmi menerima sumbangan yang disampaikan oleh Dayang Umikalsom dan May Su Chiu Ping.