Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

PDI meriahkan pentas perayaan

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Dalam memeriahkan lagi Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun ini, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan persembahan bercorak keagamaan di Pentas Perayaan, di Kawasan Lapang berhadapan Muzium Alat-alat Kebesaran Diraja, di ibu negara, malam tadi.

Persembahan bercorak keagamaan itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan PDI bertujuan memberi peluang kepada pegawai-pegawai dan kakitangan PDI dan mahasiswa-mahasiswi latihan industri di PDI, serta para mualaf dalam menzahirkan rasa kasih sayang dan syukur atas kepimpinan yang adil lagi bijaksana Baginda Sultan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Rosli bin Haji Ibrahim. Turut hadir, Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

Acara pada malam itu dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Al-Fatihah, dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Pengisian atur cara pada malam tersebut termasuk persembahan puisi yang bertajuk ‘Dirgahayu Tuanku’ daripada Penolong Pengarah PDI, Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

Majlis kemudian disusuli dengan persembahan tausyeh dan drama bertajuk ‘Gara-gara Bunga’ daripada gabungan mahasiswa-mahasiswi latihan industri di PDI dan persembahan nasyid oleh mualaf dari Rumah Kegiatan Kampung Bebuloh, serta acara kuiz untuk orang ramai.

Haji Mohd Rosli semasa menghadiri acara pentas perayaan yang membawa pengisian persembahan bercorak keagamaan.
Antara acara yang turut memeriahkan pentas perayaan.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -