Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    PDRM kesan penipuan jual tiket penerbangan

    KUALA LUMPUR, 11 MEI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi baharu kes penipuan penjualan tiket penerbangan secara dalam talian membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM233,954.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Mohd Din berkata PDRM menerima 20 kes penipuan dan ia masih dalam siasatan. 

    Beliau berkata berdasarkan siasatan mangsa telah melayari laman sosial dengan pautan http://cafe.naver.com/mymalaysia yang memaparkan iklan penjualan tiket penerbangan yang didakwa dikendalikan oleh syarikat Apsan Travel and Tour Sdn. Bhd. 

    “Mangsa membeli tiket penerbangan yang diiklankan kerana tertarik dengan tawaran harga yang lebih murah berbanding harga pasaran.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, kejadian tersebut terjadi setelah mangsa membuat pembayaran, mangsa gagal memperoleh tiket penerbangan yang dibeli

    Mohd Kamarudin menasihatkan orang ramai agar berwaspada apa-bila membuat sebarang transaksi dalam talian dengan individu yang tidak dikenali di laman sosial yang menawarkan pelbagai tawaran dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

    “Orang ramai dinasihatkan untuk elak membuat pembayaran ke dalam akaun bank atas nama individu yang berlainan daripada nama penjual dan perlu membuat semakan akaun bank atau nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. 

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang boleh dihukum penjara minimum setahun dan tidak melebihi 10 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...