Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

PDRM terima sumbangan bot, enjin

PUTRAJAYA, 7 DIS – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima sumbangan bantuan misi bencana banjir daripada syarikat francais 7-Eleven Malaysia bagi kegunaan penguat kuasa itu ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata penambahan aset dan peralatan menyelamat yang diterima itu antaranya 30 bot dan 300 jaket keselamatan, akan membantu meningkatkan kualiti PDRM khususnya dalam operasi banjir.

“Bot berkenaan akan diagihkan kepada jabatan PDRM iaitu 12 unit bagi Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan (sembilan), Pasukan Polis Marin (lima) serta Unit Tindak Khas dan 69 Komando masing-masing menerima dua unit,” katanya pada Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali.

Selain bot dan jaket keselamatan, 7-Eleven Malaysia turut menyumbangkan 30 enjin dan juga barang keperluan asas yang akan diagihkan kepada mangsa banjir kelak, manakala jumlah keseluruhan sumbangan dianggarkan mencecah RM490,000.

Hazani dalam sidang media berasingan selepas program berkenaan berkata PDRM juga bercadang untuk menyediakan dapur bergerak sebagai sebahagian daripada inisiatif pascabanjir dalam proses penyediaan makanan.

“Berdasarkan pengalaman lepas, memang ada pihak yang hantar makanan tapi kita dapati ia basi dan tidak dapat dimakan oleh mangsa banjir. Jadi kalau kita ada dapur bergerak, kita boleh masak di lapangan dan terus agihkan kepada mangsa banjir dan petugas terlibat,” katanya.

Beliau berkata penyediaan makanan akan dilakukan oleh pihak PDRM sendiri, dan pada masa sama mengalu-alukan sumbangan pihak swasta dan badan korporat untuk turut serta dalam inisiatif itu. – Bernama

Anggota-anggota Polis Marin menggunakan bot banjir sumbangan 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd di Tasik Putrajaya hari ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -