Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Pearly-Thinaah singkirkan beregu nombor dua dunia

    KUALA LUMPUR, 30 OGOS – Pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan-M. Thinaah membuka kempen Terbuka Jepun 2022 dengan bergaya apabila menyingkirkan pasangan nombor dua dunia dari Korea Selatan, Lee Soo Hee-Shin Seung Chan, hari ini.

    Pada perlawanan berlangsung di Maruzen Intec Arena, Osaka, Pearly-Thinaah, bagaimanapun, terpaksa berhempas pulas dalam perlawanan berlangsung selama satu jam apabila tewas set pertama 16-21, namun bangkit di set kedua dengan 21-14 sebelum memastikan kemenangan di set penentuan 21-18.

    Kemenangan dilakar beregu nombor 11 dunia pada aksi pembukaan itu sekali gus menyaksikan mereka dijadual menentang sama ada wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee Yu Lim atau Ashwini Bhat K.-Shikha Gautam dari India di pusi-ngan kedua.

    Dalam pada itu, satu lagi beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut mengikut jejak langkah sama, selepas mudah menundukkan beregu Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau, 21-17, 23-21.

    Aksi melibatkan dua pasangan beregu campuran negara pula menyaksikan Cheng Tang Jie-Peck Yen Wei terpaksa akur di tangan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei untuk mara ke pusingan kedua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...