Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Peaty bangkit menang bergaya

    BIRMINGHAM, 4 OGOS – Perenang British Adam Peaty kembali ke Sukan Komanwel dengan meraih kemenangan dalam acara final kuak dada 50 meter semalam.

    Perenang berusia 27 tahun itu, yang ditewaskan buat pertama kali dalam lapan tahun dalam acara kuak dada 100 meter pada Ahad, telah berjanji akan bangkit semula selepas kekalahan yang disifatkannya sebagai mengejutkan.

    Dia berjaya melakukannya dengan bergaya, memenangi acara 50 meter itu dalam masa 26.76 saat.

    Peaty, yang terlepas kejohanan dunia di Budapest pada Jun dengan kaki patah, mendedahkan pada minggu lalu dia sedang bergelut untuk mendapatkan motivasi selepas menikmati kejayaan selama satu dekad.

    Namun kemenangan itu jelasnya amat bermakna kepada pemenang pingat emas Olimpik tiga kali itu. Ia merupakan satu-satunya acara antarabangsa yang belum dimenanginya.

    Aksi Adam Peaty semasa bersaing memenangi acara kuak dada 50 meter pada Sukan Komanwel di Pusat Akuatik Sandwell, Birmingham, England pada 3 Ogos. – AP

    “Selepas 100 meter, saya berada paling jauh,” kata Peaty.

    “Saya terasa sesuatu yang hampir terjamin dirampas daripada saya.

    “Namun saya tahu ia akan menjadi Komanwel terakhir saya, maka hari ini adalah hari untuk melakukannya.

    Saya telah melengkapkan seluruh koleksi sekarang.

    Ia adalah satu kemenangan manis bagi saya.”

    Sementara itu, perenang Australia Emma McKeon, pemenang pingat emas Olimpik lima kali, menjadi atlet Sukan Komanwel paling cemerlang selepas mencatat prestasi yang kukuh dalam acara semalam.

    McKeon, 28 tahun, mencatat prestasi setanding dengan perenang Afrika Selatan Chad le Clos dan penembak Michael Gault dan Phil Adams dengan memenangi pingat ke-18 dengan satu gangsa dalam acara gaya bebas 100 meter. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...