Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pecah amanah: Pemandu mengaku bersalah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jan – Seorang pemandu di sebuah kedai buku mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang $4,181.10.

    Jeffrey Munoz San Miguel, 33, dari Filipina membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman.

    Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pergi ke cawangan kedai buku di Daerah Tutong pada 4 Januari 2018 dan mengutip hasil jualan berjumlah $4,181.10 dan menandatangani buku log bagi pengesahan penerimaan wang.

    Tertuduh bagaimanapun tidak menghantar wang itu ke cawangan utamanya di Serusop.

    Tertuduh yang merasa bersalah dengan perbuatannya telah berterus-terang dengan pengurusnya pada 7 Januari 2018 dan membuat pembayaran sepenuhnya pada 7, 8 dan 9 Januari.

    Pengurusnya membuat laporan polis dan tertuduh mengakui telah melakukan pecah amanah tersebut.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana menetapkan 15 Januari untuk sebutan hukuman tertuduh.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda