Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pecah amanah: Tertuduh dihukum penjara 16 bulan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Seorang Pengurus Syif di Pandu Lalu McDonald’s berusia 39 tahun dijatuhi hukuman setahun dan empat bulan penjara oleh Mahkamah Perantaraan di sini, hari ini, kerana melakukan pecah amanah.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni menjatuhkan hukuman itu terhadap Nurawani binti Haji Puting yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan melesapkan wang $2,300 milik restoran makanan segera itu.

    Dia dituduh mengambil wang itu pada waktu berlainan antara 5 dan 6 Mac 2017 untuk kepentingan peribadinya.

    Tugas tertuduh antara lain adalah untuk mengawasi, mengira dan mengesahkan hasil jualan yang dikumpul sebelum menyimpannya di dalam peti keselamatan untuk dibawa ke bank pada keesokan harinya. Pada 5 dan 6 Mac, tertuduh mengesahkan hasil jualan adalah dalam jumlah sama seperti yang dikira oleh seorang lagi pengurus restoran itu.

    Perbuatan tertuduh itu terbongkar apabila wang yang dikira semula oleh pihak bank itu didapati berkurangan.

    Laporan polis dibuat oleh Pengurus Am restoran tersebut pada 7 Mac.

    Tertuduh bagaimanapun telah membayar ganti kerugian sepenuhnya kepada Mcdonald pada 14 Mac.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Yvonne Lim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda