ABUJA, NIGERIA, 16 MEI – Seorang cef Nigeria semalam mencipta rekod global baharu untuk waktu memasak tanpa henti paling lama ketika dia memasak selama 100 jam, mengatasi rekod semasa.
Hilda Baci telah memasak sejak Khamis minggu lalu apabila dia berjaya mengatasi Rekod Dunia Guinness selama 87 jam dan 45 minit yang dicatat pada 2019 oleh Lata Tondon, seorang cef India.
Kira-kira jam 19:45 GMT pada Isnin, Baci memasak untuk 100 jam di kawasan Lekki Lagos, hab komersial Nigeria, untuk menjadi sensasi di negara Afrika Barat. Ribuan penonton yang berkumpul di lokasi bergembira dan memujinya ketika dia berhenti memasak beberapa minit selepas itu. – AP
