Tuesday, December 5, 2023
23.1 C
Brunei

    -

    Pecutan Bastianini capai gelaran juara

    AUSTIN, 11 APRIL – Pelumba MotoGP Itali, Enea Bastianini memenangi perlumbaan MotoGP keduanya pada musim ini di Grand Prix of The Americas kelmarin dan menguasai kejuaraan dunia tersebut.

    Pelumba berusia 24 tahun itu mengatasi rakan pelumba Ducati, dan pendahulu lama, Jack Miller dengan baki lima pusingan untuk menambah kemenangan Austin kepada kemenangan sulung kelas elitnya pada pembukaan musim di Qatar.

    Miller dari Australia, yang telah mendahului pada permulaan perlumbaan tersebut, menduduki tempat ketiga setelah turut dilalui oleh pelumba Suzuki, Alex Rins, iaitu pemenang di Texas pada tahun 2019.

    “Ia adalah hari yang hebat. Miller mempunyai rentak yang hebat pada bahagian pertama perlumbaan berkenaan, kemudian saya rasa terpaksa mengejar, saya memecut dan menang,” kata Bastianini.

    Juara enam kali MotoGP, Marc Marquez, membida kemenangan kelapan dalam sembilan lawatan ke litar Texas, telah menduduki tempat keenam, selepas terbabas ke belakang litar apabila lampu motosikal Hondanya terpadam. – AFP

    Reaksi Enea Bastianini menunggang motosikalnya dan meraikan kemenangannya selepas menjuarai perlumbaan MotoGP, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hujan lebat landa selatan India

    INDIA, 4 DIS – Hujan lebat melanda bandar Chennai di selatan India hari ini dan dijangka akan berlaku ribut. Ribut Michaung dijangka melanda pantai...