NEW YORK, 1 DIS – Pedang yang dibawa Napoleon Bonaparte apabila beliau melancarkan rampasan kuasa pada 1799 akan dilelong pada hujung minggu bersama lima senjata lain milik maharaja Perancis itu, umum firma lelong Amerika Syarikat (AS).
Senjata berkenaan, yang akan dilelong dari 3 hingga 5 Disember oleh Syarikat Lelong Rock Island, dinilai pada AS$1.5 juta hingga AS$3.5 juta.
Pedang itu, bersama sarungnya, merupakan koleksi ‘perhiasan kebesaran diraja,’ kata firma lelong, yang akan menganjur jualan secara individu dan dalam talian.
Senjata itu dibuat oleh Nicolas-Noel Boutet, yang merupakan pengarah kilang senjata kerajaan di Versailles.
Selepas ditabalkan sebagai maharaja, Napoleon dipercayai telah mempersembahkan pedang itu kepada jeneral Jean-Andoche Junor, tetapi isteri jeneral kemudian dipaksa menjualnya untuk melunaskan hutang. – AFP