Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pegasus akan sertai Liga D Malaysia

    Oleh James kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Kelab bola keranjang profesional Brunei Darussalam, Pegasus akan menyertai Liga D Malaysia yang dijangka bermula dari 30 Julai hingga 21 Ogos di Stadium MABA, Kuala Lumpur, Malaysia.

    Dengan matlamat untuk menamatkan perlawanan sekurang-kurangnya ke separuh akhir, pengasas Agensi Sukan Pegasus, Samuel Jong telah mengumpulkan pemain tempatan dan antarabangsa yang berbakat ke dalam pasukan.

    Di bawah kendalian ketua jurulatih Andika Supriadi Saputra dari Indonesia, pasukan Pegasus terdiri daripada pemain dengan ketinggian 198 sentimeter, Marcus Quirk; point guard, Teoh Yi Kang yang mengetuai Malaysia menduduki tempat kedua pada Kejohanan SEABA Bawah 16 Tahun (B16) 2017; dan Brooklyn Emerson, juara Piala Slam Dunk MABA 2019.

    Selain daripada mereka, William Ching, Juelar Francis, Jonathan Lim, Boon Yi Hoa, Lim Wei Qian, Ding Shee Lie, Ng Yinwei, Jeremy Chu, Barry Tsung Lik King, Yap You Xin dan Kuan Shean Lin juga berada dalam pasukan itu.

    Dalam satu temu bual, Samuel Jong berkata, “Pasukan ini terdiri daripada lima pemain bola keranjang Brunei dan tiga pemain dari Miri, manakala lima pemain lagi berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.”

    Beliau berkata, “Liga D Malaysia adalah liga bawah 23 tahun (B23) dan peringkat pertandingan seterusnya adalah liga pro.

    “Oleh itu, persaingan bukanlah mudah. Saya berharap agar pemain Brunei mengambil peluang ini untuk mendapatkan pendedahan agar dapat mengembangkan lagi kemahiran bola keranjang mereka dalam peringkat yang lebih tinggi.”

    Terdapat 15 pasukan akan bertanding dalam Liga D Malaysia, di mana pasukan-pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan. Tiga kumpulan luar negara yang mengambil bahagian dalam liga tahun ini adalah Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Pegasus berada dalam Kumpulan B bersama pasukan Selangor XXIII, Sunrise Youngsters, Singapore Adroit, Johor Tigers, Speed Hunters dan MBC.

    Samuel, yang juga selaku ejen pemain bola keranjang di rantau ini turut berkongsi bahawa menerusi Liga D Malaysia, beliau berharap untuk mengendalikan akademi bola keranjang di Malaysia pada masa akan datang serta mengembangkan agensinya untuk pemain dan jurulatih di rantau ini.

    Marcus Lim (kiri) semasa menandatangani Jonathan Lim untuk bermain dalam pasukan Pegasus.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...