Pegasus brunei sertai kejohanan bola keranjang thailand

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Pasukan Barracudas Brunei merupakan satu-satunya kumpulan bola keranjang yang mewakili Negara Brunei Darussalam di kejohanan luar negara sehinggalah pada tahun 2012 mereka keluar daripada perlawanan Liga Bola Keranjang ASEAN.

Kini, pasukan bola keranjang Brunei Pegasus akan mengikuti perlawanan profesional antarabangsa di Liga Super Bola Keranjang Thailand pada bulan Februari 2020 selepas menandatangani perjanjian untuk bersaing dalam liga tersebut di Thailand rabu lalu. Bagi pihak Pasukan Pegasus Brunei, pengasas Agensi Sukan Pegasus, Samuel Jong, menandatangani perjanjian tersebut.

Pasukan Pegasus Brunei akan menurunkan pemain tempatan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman bersaing di luar negara, semasa perlawanan ini pihak penganjur hanya membenarkan untuk mengimport tiga pemain dari negara ASEAN dan seorang pemain dari luar ASEAN.

Semasa ditemu ramah, menyatakan hasratnya dalam menyertai liga profesional kepada sebuah agensi sukan tempatan “Saya mahu menyediakan platform bagi pemain-pemain bola keranjang Brunei untuk bermain di pentas bola keranjang profesional luar negara. Kami akan memulakannya dari sini untuk terus mengembangkan sukan bola keranjang Brunei.”

Selain Pasukan Pegasus Brunei, Pasukan Luang Prabang (Laos), Pasukan Ns matrix (Malaysia), Pasukan Adroit (Singapura), Pasukan Mekong United (Vietnam), ClS Knight (Indonesia), Pasukan Hi tech dan Dunkin raptor (Thailand) serta Pasukan Makabayan dan ZNO eagles (Filipina). Menjelaskan tentang peraturan pemain import, dia berkata “Liga tersebut diikuti oleh lapan buah negara dengan penyertaan seramai 10 pasukan. Saya akan memilih pemain tempatan dan pemain import bagi pasukan ini. Setiap pasukan dibolehkan mengambil seorang pemain import dari ASEAN dan seorang pemain import dunia, kecuali Vietnam dan Laos mereka dibenarkan mempunyai dua orang pemain import dari ASEAN dan seorang pemain import dunia.”

Setelah membuat perundingan bersama pihak liga, dia berkata “Pasukan Brunei Darussalam dibenarkan mempunyai tiga pemain import dari negara ASEAN dan seorang pemain import dunia.”

Selain menghantar pasukan di Liga Super Bola Keranjang Thailand, Samuel Jong juga berharap dapat menghantar pasukan Brunei untuk bermain di Liga Bola Keranjang Malaysia.

Syarikat-syarikat yang berminat untuk memberikan sokongan dan melabur bagi Pasukan Pegasus Brunei sebagai penaja, bolehlah berhubung dengan Samuel Jong untuk membantu mempromosikan penjenamaan syarikat mereka dalam pasukan.

Samuel Jong menandatangani perjanjian untuk mengikuti Liga Super Bola Keranjang Thailand.
Gambar ramai wakil daripada pasukan-pasukan yang mengikuti Liga Super Bola Keranjang Thailand.