RIYADH, 22 APRIL – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi memberi amaran kepada para pegawai dagang yang gagal untuk meninggalkan negara itu selepas tempoh visa mereka tamat boleh dikenakan denda sehinggaSAR50,000, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Menurut kementerian itu, pesalah juga boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan serta dihantar pulang ke negara asal.
Kementerian itu turut menekankan tentang kepentingan untuk mematuhi garis panduan serta arahan rasmi berkaitan ibadah Haji dan Umrah di negara itu. – Bernama
