Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Pegawai, gabenor Filipina bercanggah mengenai pelitup muka

    MANILA, FILIPINA, 13 JUN – Pegawai-pegawai Filipina memberi amaran hari ini bahawa mereka yang ingkar arahan presiden untuk memakai pelitup muka di tempat awam untuk melindungi daripada koronavirus boleh ditangkap meskipun di sebuah wilayah di mana gabenor telah mengisytiharkan bahawa ia adalah pilihan.

    Pegawai-pegawai meminta Gabenor Gwendolyn Garcia dari wilayah tengah Cebu untuk bekerjasama dengan perintah Presiden Rodrigo Duterte tetapi dia bertegas hari ini bahawa keputusannya untuk membenarkan penduduk memutuskan sama ada memakai pelitup muka di tempat awam di wilayahnya adalah sah dari segi undang-undang kerana pegawai-pegawai wilayah boleh membuat keputusan mengenai isu-isu kesihatan.

    “Ini adalah dasar penting yang keluar daripada mulut presiden kita sendiri,” Setiausaha Rendah Dalam Negara, Epimaco Densing III berkata menerusi TV kerajaan, menambah bahawa negara itu masih di bawah darurat kesihatan awam kebangsaan meskipun pengurangan wabak.

    Keingkaran terbuka terhadap perintah seumpamanya boleh membawa kepada penangkapan, Densing berkata. Beliau menambah bahawa pegawai-pegawai akan cuba meyakinkan Garcia untuk mematuhi perintah Duterte.

    Jangkitan COVID-19 telah meningkat sedikit dalam seminggu ini, Jabatan Kesihatan berkata hari ini. Tetapi pegawai-pegawai berkata kebanyakan kes tidak teruk dan jumlah itu jauh menurun daripada beribu-ribu kes yang dilaporkan setiap hari sebelum ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...