Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Pegawai Jabatan Pendidikan Kelantan lawat KUPU SB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Seramai 18 orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Malaysia mengadakan lawatan ke Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini.

    Hadir bagi pihak KUPU SB di Dewan Tarbiah ialah Ra’es KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sekolah Menengah dan Tingkatan 6, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Malaysia, Dr Mat Asuar bin Awang.

    Sesi lawatan tersebut diisikan dengan perbincangan, antaranya pembentangan mengenai asas pendidikan Malaysia dan pengenalan mengenai latar belakang pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam termasuk tertubuhnya sekolah-sekolah agama dan sekolah menengah agama Arab di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Selain itu, turut dibincangkan adalah dasar terkini berkenaan kaedah pentaksiran yang diamalkan di sekolah-sekolah Brunei dan Malaysia serta persediaan guru-guru dalam mengaplikasikan kaedah berkenaan.

    Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Pemangku Timbalan Ra’es, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha dan Pemangku Penolong Ra’es, Datin Dr Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kasih serta pegawai-pegawai utama KUPU SB.

    Dr Haji Adanan mengadakan perbincangan semasa lawatan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ke KUPU SB kelmarin.
    Gambar ramai semasa lawatan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ke KUPU SB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...