Wednesday, June 7, 2023
27.9 C
Brunei

    -

    Pegawai, kakitangan bersara KHEU diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Bagi menghargai perkhidmatan dan jasa yang telah dicurahkan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) yang telah bersara, seramai 104 diraikan pada Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan Perkhidmatan bagi Pegawai dan Kakitangan KHEU yang Bersara Tahun 2019, di Dewan Serambi Suluh, Tarindak D’Seni, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Hadir menyampaikan sijil bersara bagi pegawai dan kakitangan KHEU yang diraikan ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (KHEU) Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang serta para pegawai serta kakitangan kementerian.

    Majlis turut diisi dengan ucapan alu-aluan Pemangku Pengarah Pentadbiran KHEU, Haji Mohd Shamsul Riza bin Haji Sulaiman, bacaan Doa Selamat dan Saidul Istighfar oleh Imam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Awang Khairul Ariffin bin Haji Yusop.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan sijil persaraan kepada salah seorang kakitangan yang diraikan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    NZ ambil tindakan penggunaan vape

    WELLINGTON, 6 JUN - New Zealand akan mengambil tindakan tegas terhadap penggunaan vape atau rokok elektronik untuk melindungi golongan mudanya, umum Menteri Kesihatan Ayesha...
    - Advertisment -