Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pegawai kastam didakwa pecah amanah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Pendakwa hari ini menghadapkan seorang penolong penguasa kastam ke Mahkamah Perantaraan atas pertuduhan pecah amanah.

    Hakim Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Suyati binti Haji Ahmad Besar yang berumur 50 tahun terhadap tiga pertuduhan pecah amanah oleh seorang penjawat awam dan menangguhkan kes pada 18 Oktober.

    Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin $10,000 atau dengan dua orang penjamin tempatan.

    Diwakili Peguam Rozaiman Abdul Rahman, Suyati didakwa oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) setelah hasil siasatan menyatakan bahawa semasa tertuduh bertugas di Unit Kewangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) sebagai ketua kewangan, tertuduh telah menyalahgunakan wang tunai $982,349.12, yang sepatutnya digunakan untuk bayaran tuntutan lebih masa, elaun perjalanan dan elaun syif yang dibuat oleh pegawai-pegawai JKED.

    Pendakwa Shamshuddin bin Haji Kamaluddin dan Aeny Zullizam mewakili Pendakwa Raya dalam kes itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...