Pegawai kerajaan disiasat, rundingan dengan penjenayah

SAN SALVADOR, 9 SEPT – Pihak pendakwa raya di El Salvador sedang menjalankan siasatan atas tuduhan rundingan rahsia antara pegawai kerajaan dan kumpulan penjenayah terancang terkemuka yang telah lama menghuru-harakan negara Amerika Tengah itu.

Siasatan dijalankan ekoran penerbitan siasatan akbar mengenai dakwaan hubungan kerajaan dengan kumpulan Mara Salvatrucha yang terkenal di negara itu.

Akbar dalam talian, El Faro melaporkan bahawa kerajaan presiden Nayib Bukele mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua kumpulan yang digeruni – yang dikenali sebagai MS-13 – menawarkan penambahbaikan keadaan penjara sebagai pertukaran jaminan yang geng tersebut akan mengurangkan kadar pembunuhan yang tinggi di negara itu.

Rundingan yang dilaporkan itu akan bertentangan dengan janji Bukele yang berusia 39 tahun – dipilih tahun lalu dengan berjanji untuk bersikap keras terhadap jenayah – untuk tidak mengadakan rundingan dengan kumpulan jenayah, yang mana mahkamah El Salvador telah menetapkan mereka sebagai kumpulan pengganas. – AFP