Pegawai kesatuan bersetuju bantuan $2 trilion

WASHINGTON, 25 MAC – Rumah Putih dan ketua-ketua senat bersetuju untuk memeterai perjanjian menyediakan dana $2 trilion bagi langkah-langkah untuk membantu pekerja, peniaga dan sistem penjagaan kesihatan yang sedang bergelut disebabkan oleh koronavirus.

Perjanjian tersebut dibuat selepas beberapa hari yang tegang dan tekanan yang memuncak dan perlu menyiapkan segala butiran undang-undang.

Ketua Rumah Putih, Eric Ueland mengumumkan pakej rangsangan ekonomi itu di Capitol selepas tengah malam.

“Tuan-tuan dan puanpuan, ia sudah diputuskan, kami telah membuat satu perjanjian,” kata Ueland.

Pakej rangsangan ekonomi yang tidak pernah berlaku telah memberikan pembayaran terus kepada hampir semua warga AS, kelebihan tidak mempunyai pekerjaan telah diluaskan dan menyediakan program bernilai $367 bilion untuk peniaga kecil membuat pembayaran dan pekerja yang terpaksa tinggal di rumah.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin, ketika mengadakan perjumpaan kelmarin. Rumah Putih dan ketua-ketua senat bersetuju untuk memeterai perjanjian menyediakan dana $2 trilion bagi rakyat AS dan sistem penjagaan kesihatan yang sedang bergelut disebabkan oleh koronavirus. – AP

Salah satu isu terakhir ialah menetapkan kira-kira $500 bilion jaminan pinjaman, pinjaman bersubsidi untuk industri yang lebih besar, termasuk syarikat penerbangan. Hospital turut menerima bantuan yang banyak.

“Pakej tersebut diharap dapat melawan ‘ancaman terbesar ke atas sistem kesihatan Amerika Syarikat’ dalam lebih satu kurun dan besar kemungkinan risiko terbesar kepada pekerjaan Amerika Syarikat dan prospek yang kita telah saksikan sejak Great Depression,” kata Ketua Senat, Mitch McConnell.

Meskipun dengan krisis kesihatan yang semakin meningkat, Presiden Donald Trump melahirkan keyakinan lebih ramai orang akan kembali bekerja dalam minggu-minggu akan datang dan negara tersebut akan kembali seperti sedia kala dalam tempoh kurang dari sebulan.

Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin dan ketua kongres berusaha dalam perundingan terakhir kelmarin selepas kekecohan tetapi lebih produktif pada Isnin lalu.

Dengan kedua-dua pihak telah menyelesaikan banyak isu dalam pakej tersebut. Beberapa perkara yang menonjol kekal didebatkan.

Dalam isu di Capitol adalah pakej rangsangan ekonomi yang tidak pernah terjadi. Pembayaran satu kali sebanyak $1,200 kepada seorang dewasa dan $500 kepada seorang kanak-kanak akan disumbangkan secara berterusan.

Perbelanjaan besar dari hospital dijangkakan meningkat dengan bertambahnya pesakit COVID-19 semasa perbincangan dengan Senator Chuck Schumer, ketua Demokratik, manakala Republikan berusaha mendapatkan puluhan juta untuk bantuan tambahan kepada Agensi Pentadbiran Kecemasan. Demokratik berkata pakej tersebut akan membantu menggantikan gaji pekerja selama empat bulan, daripada tiga bulan dalam usul sebelumnya. – AFP