Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai keselamatan terbunuh, 2 cedera

    RIYADH, Arab Saudi, 12 Jun – Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi berkata pegawai keselamatan Saudi terbunuh dan dua lelaki anggota keselamatan cedera apabila bahan letupan meledak di bandar bergolak di wilayah timur negara itu.

    Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa peronda keselamatan sedang memeriksa situasi di bandar Qatif yang ramai penduduk Syiah apabila peranti itu meletup dan mengorbankan Mejar Tareq al-Allaqi. Manakala, dua lelaki cedera dalam keadaan yang stabil, katanya.

    Keganasan antara militan Syiah dan pasukan keselamatan di sana telah meningkat beberapa minggu kebelakangan, dengan beberapa insiden militan melepaskan senjata pelancar roket atau bazuka ke arah polis.

    Kumpulan Islamic State sebelumnya pernah melancarkan serangan ke atas Syiah di Qatif. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda