Wednesday, March 29, 2023
26.4 C
Brunei

-

Pegawai Myanmar dikenakan sekatan baharu

WASHINGTON, 1 FEB – Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan baharu semalam yang menyasarkan pegawai Myanmar dan individu ‘yang bersekutu dengan tentera’menjelang dua tahun rampasan kuasa oleh junta.

Secara keseluruhannya, AS mengenakan sekatan terhadap enam individu dan tiga organisasi, termasuk pihak berkuasa pilihan raya negara itu, lapor agensi Anadolu memetik Jabatan Perbendaharaan dalam satu kenyataan. Selain Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan, pentadbiran Biden juga menyenaraihitam dua firma perlombongan awam-swasta dan pegawai eksekutif mereka, tiga pegawai tenaga Myanmar, dua pegawai dan bekas tentera serta anak perempuan seorang ahli perniagaan. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bangladesh larang penggunaan plastik di hutan bakau terbesar

DHAKA, 28 MAC – Ahli pemuliharaan Bangladesh kelmarin berkata pelancong membuang sampah di hutan bakau terbesar di dunia telah merosakkan ekosistem dengan serius, memaksa...
- Advertisment -