Pegawai narkotik minta RM14 juta bebaskan anak SRK

Saksi bebas Biro Kawalan Narkotik (NCB) kes dadah melibatkan Aryan Khan iaitu Prabhakar Raghoji Sail mendakwa terdapat cubaan rasuah bagi membebaskan anak kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan itu.

Prabhakar Sail yang juga saksi utama kes itu mendakwa Pengarah Zon NCB iaitu Sameer Wankhede dan beberapa yang lain menuntut bayaran sebanyak Rs 25 crore iaitu kira-kira mencecah RM14 juta daripada aktor berkenaan.

Bagaimanapun, pegawai kanan NCB itu menafikan tuduhan berkenaan dan menganggap ia sebagai palsu dan berniat jahat.

Prabhakar Sail turut memberikan mesej video dan afidavit yang mendakwa selepas penahanan Aryan Khan, dia terdengar panggilan telefon yang dibuat kepada pengurus aktor itu yang menuntut wang berkenaan.

Sail juga merupakan pengawal peribadi Gosavi dan menemaninya pada malam serbuan, berkata selepas Aryan Khan dibawa ke pejabat NCB, Gosavi menemui D’Souza.

Menerusi afidavit berkenaan Sail juga mendakwa dia melihat pengurus Shah Rukh Khan, Pooja Dadlani, bercakap dengan KP Gosavi di dalam kereta. Selepas pertemuan itu, Gosavi menyuruhnya pergi ke lokasi dan mengambil wang tunai Rs 50 lakh.

Sail mendakwa seseorang yang memakai Innova berwarna putih memberinya dua beg berisi wang tunai, yang dia bawa ke Gosavi. Dia menambah bahawa dia kemudian melihat Gosavi mengemas begnya dan pergi. – Agensi

Prabhakar Raghoji Sail mendakwa terdapat cubaan rasuah bagi membebaskan anak kepada bintang Bollywood, Shah Rukh Khan itu. – Agensi