Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pegawai perdagangan AS, China suarakan kebimbangan

    WASHINGTON, 26 MEI — Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo, dan rakan sejawatnya dari China, Wang Wentao, hari ini menyuarakan kebimbangan mengenai dasar kerajaan masing-masing selepas serbuan China ke atas syarikat perunding dan sekatan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport teknologi semikonduktor, demikian diumumkan oleh kerajaan mereka.

    Kedua-dua pihak tidak mengumumkan sebarang kemajuan dalam pertikaian teknologi dan keselamatan, tetapi menyatakan bahawa Raimondo dan Wang berjanji untuk mengukuhkan pertukaran isu perdagangan.

    Syarikat dari kedua-dua belah pihak telah terjejas oleh kawalan rasmi yang lebih ketat ke atas perdagangan semikonduktor dan aktiviti lain dari segi keselamatan. Hubungan politik antara dua kerajaan ini berada pada tahap terendah dalam beberapa dekad berikutan perselisihan mengenai teknologi, keselamatan, tuntutan wilayah China, serta layanan Beijing terhadap Hong Kong dan etnik minoriti.

    Raimondo ‘mengutarakan kebimbangan’ mengenai tindakan China terhadap syarikat AS di China, kata pejabatnya dalam kenyataan.

    Ia juga menyatakan bahawa mereka membincangkan isu perdagangan dan pelaburan serta ‘bidang kerjasama berpotensi’, tetapi tidak memberikan butiran.

    Wang ‘menyatakan kebimbangan utama’ mengenai dasar AS terhadap semikonduktor, eksport dan perdagangan, kata kementeriannya. Ia juga tidak memberikan butiran lanjut. – AP

    Raimondo semasa bercakap di Capitol Hill, Washington, 16 Mei 2023. Raimondo dan rakan sejawatnya dari China, Wang Wentao, kelmarin menyatakan kebimbangan mengenai dasar kerajaan masing-masing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...