Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pegawai polis cedera, suspek maut rompakan di Miami

    MIAMI, FLORIDA, 16 OGOS – Seorang pegawai polis cedera parah selepas berbalas tembakan dengan suspek rompakkan semasa aksi kejar-mengejar pada Isnin.

    Suspek merempuh kenderaannya ke kereta polis dan kereta orang awam semasa cuba melarikan diri selepas melakukan rompakan di kejiranan bandar Liberty, lapor Pejabat Polis Miami-Dade dalam satu kenyataan.

    Suspek maut di tempat kejadian selepas ditembak oleh polis, manakala seorang polis dalam keadaan kritikal, tambah kenyaataan tersebut. Sementara itu, tiga penumpang kereta awam yang dirempuh tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan stabil.

    Polis yang cedera akibat ditembak kini dirawat di Pusat Trauma Ryder, di mana rakan sepasukan berkumpul sebagai tanda sokongan.

    “Saya menyeru masyarakat untuk bersatu dan berdoa. Kita sedang berhadapan dengan hari yang sukar. Kita harus menempuhnya bersama-sama sebagai satu komuniti dan keluarga penguatkuasa undang-undang,” kata Ketua Polis Miami-Dade, Alfredo Ramirez di luar hospital. – AP

    Pegawai dan pasukan polis berkumpul di luar Pusat Trauma Ryder di mana salah seorang polis kritikal selepas ditembak suspek rompakan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...