Wednesday, January 22, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai polis didakwa serang lelaki berusia 71 tahun

    BANDAR OKLAHOMA, 6 DIS – Pendakwa raya mendakwa seorang pegawai polis Bandar Oklahoma dengan pertuduhan serangan kelmarin selepas dia menghumban seorang lelaki berusia 71 tahun ke tanah dan mematahkan lehernya dalam pertengkaran mengenai kertas saman trafik.

    Sarjan Joseph Gibson, 28, didakwa dengan satu pertuduhan serangan kekerasan berkaitan dengan pergaduhan pada 27 Oktober lalu. Rakaman video kamera yang dikeluarkan oleh polis menunjukkan Gibson menghumban Lich Vu ke tanah selepas Vu menyentuh Gibson semasa pertengkaran berikutan kemalangan jalan raya tanpa membabitkan kecederaan.

    “Kami menilai undang-undang dan fakta dalam setiap kes individu, dan dalam kes tertentu ini menentukan tindakan pegawai itu menggunakan kekerasan yang tidak munasabah,” kata Behenna dalam satu kenyataan.

    Vu mengalami pendarahan otak, patah leher dan kecederaan mata dan masih dirawat di hospital, kata pendakwa raya.

    Kapten Polis Oklahoma City, Valerie Littlejohn, enggan mengulas pertuduhan itu dan merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan itu pada Oktober, menunjukkan Gibson diberikan cuti pentadbiran sementara tindakannya dalam siasatan.

    “Kami mahu masyarakat tahu bahawa kes ini sedang disiasat secara menyeluruh, dan proses semakan akan mengambil masa untuk diselesaikan,” menurut kenyataan itu, yang turut dikeluarkan dalam bahasa Vietnam.

    Penggunaan kekerasan mencetuskan kemarahan dalam masyarakat Vietnam di Bandar Oklahoma, terutamanya kerana video itu menunjukkan Vu mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan Gibson semasa interaksi dan kelihatan tidak memahami apa yang dikatakan oleh pegawai itu. – AP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda