Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Pegawai polis ditangkap terlibat rancangan penculikan

    MUMBAI, 2 FEB – Seorang polis konstabel India yang dituduh menculik peniaga mata wang kripto dan menuntut wang tebusan Bitcoin bernilai AS$40 juta, telah ditangkap bersama tujuh rakan subahatnya, kata pihak berkuasa hari ini.

    Dilip Tukaram Khandare mengetahui yang lelaki sekampungnya di Pune, timur bandar komersial Mumbai, memiliki dompet Bitcoin dan merancang untuk menculiknya. Dia dan rakan subahatnya dipercayai menculik Vinay Naik berusia 38 tahun pada 14 Januari dan menuntutnya untuk memindahkan semua mata wang digital yang bernilai tiga bilion rupees (AS$40 juta), bersama 800,000 rupees wang tunai.

    Naik serta-merta dilepaskan hari berikutnya apabila penculik menyedari polis memburu mereka manakala dalangnya telah ditahan kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...