Pegawai polis mati ditembak

LONDON, 25 SEPT – Seorang pegawai polis Britain ditembak mati awal hari ini, menurut Penjara Scotland, pegawai pertama yang terbunuh akibat tembakan senjata semasa bertugas dalam tempoh lebih dari lapan tahun.

Polis Metropolitan melancarkan siasatan atas pembunuhan berikutan kejadian tembakan ke atas lelaki berusia 23 tahun yang ditahan di Pusat Tahanan Croydan di selatan London kira-kira 2:15 pagi (0115 GMT).

Suspek telah dibawa ke hospital dengan kecederaan akibat tembakan senjata dan kekal dalam keadaan kritikal, menurut pihak polis, tetapi menambah tiada senjata dari anggota polis digunakan semasa insiden.

Polis tidak menyebut bagaimana suspek ditembak, walau bagaimanapun akhbar Evening Standard berkata suspek menembak dirinya sendiri.

Polis Britain tidak membawa senjata secara rutin, meskipun pihak polis mempunyai unit taktikal senjata api untuk memberi respons segera ke atas insiden. Kematian ketika bertugas turut jarang berlaku.

Pegawai polis membuat penghormatan kepada anggota polis yangditembak mati semasa bertugas. Ini merupakan pegawai pertama yang terbunuh akibat tembakan senjata semasa bertugas dalam tempoh lebih dari lapan tahun. – AFP

“Ia adalah insiden yang sangat mengejutkan di mana seorang rakan sekerja telah kehilangan nyawa dalam kejadian yang paling tragik,” kata Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Cressida Dick.

“Ucapan takziah saya kepada keluarga mangsa, rakan sekerja dan rakan-rakannya.

“Apabila rakan sekerja kita terkorban semasa bertugas, ia akan memberikan kejutan dan perasaan sedih yang sangat berat ke atas rakan dan komuniti kita. Kami bersimpati atas pemergian rakan setugas kalian.”

Fiona Bone dan Nicola Hughes merupakan pegawai polis Britain yang terakhir ditembak mati semasa bertugas, di mana mereka telah diserang hendap dalam serangan senjata api dan bom tangan pada September 2012.

Mereka telah dibunuh oleh penjual dadah, Dale Cregan semasa memberikan respons terhadap laporan kecurian di Manchester, barat laut England.

Sejak itu, lima orang pegawai telah terkorban semasa bertugas – empat dalam kemalangan kereta semasa mengejar suspek dan seorang, Keith Palmer, ditikam semasa serangan pengganas di parlimen pada 2017. – AFP