Pegawai tentera Myanmar didapati bersalah

YANGON, 30 JUN – Tiga pegawai tentera Myanmar didapati bersalah dalam perbicaraan di mahkamah tentera yang menyiasat mengenai kekejaman terhadap Muslim Rohingya di negeri berkonflik Rakhine, tentera mengumumkan hari ini.

Tindakan luar biasa terhadap anggota tentera muncul selepas Myanmar berhadapan tuduhan genosid di mahkamah tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap tindakan keras yang kejam ke atas Rohingya dalam 2017. – AFP