Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegawai tentera terkait kes bunuh ditahan

    COLOMBO, 24 Okt – Pihak polis Sri Lanka hari ini menahan dan mendakwa pegawai kanan tentera laut atas tuduhan menculik dan membunuh dua ahli perniagaan Tamil semasa peringkat terakhir perang saudara pulau itu.

    Leftenan Komander K. A. Dayananda dibawa ke mahkamah majistret dan direman bagi dua kesalahan membunuh, di mana para penyiasat percaya ia berlaku pada Januari 2009.

    Pihak polis berkata kedua-dua mangsa tersebut adalah dari kumpulan minoriti Tamil telah diculik oleh pegawai-pegawai tentera laut dan kemudiannya dibunuh meskipun ahli keluarganya telah membayar wang tebusan untuk pembebasan mereka. “Kenderaan milik kedua-dua mangsa itu telah dibawa ke kem tentera laut Welisara yang memiliki bom,” beritahu polis kepada AFP.

    “Kemudiannya, mereka merombak kereta itu dan menjual alat-alat kereta selepas membunuh dua lelaki tersebut.”

    Sri Lanka telah menjalankan siasatan ke atas kehilangan dan beranggapan pembunuhan 11 orang lelaki antara tahun 2008 dan 2009 ketika perang saudara antara anggota keselamatan kerajaan dan pemisah Tamil yang berlarutan selama 37 tahun.

    Beberapa pegawai tentera laut diikat jamin yang berhubung dengan tuduhan kehilangan tersebut. Sekumpulan lelaki yang hilang itu dipercayai telah dibunuh sebelum konflik berdarah berakhir pada 2009.

    Pegawai-pegawai tertinggi tentera dan orang-orang terdekat bekas presiden Mahinda Rajapakse telah berdepan dengan tuduhan membunuh, berselindung dan pemerasan semasa pemerintahannya.

    Sementara itu, beberapa pegawai perisik juga dilepaskan dengan ikat jamin atas tuduhan yang berhubungkait dengan pembunuhan penyunting akhbar dan serangan terhadap wartawan dan penentang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda