Pegawai tinggi AS bertemu Marcos

BANGKOK, 9 JUN – Seorang pegawai tinggi di Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) hari ini telah bertemu bakal presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr di Manila, sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik berterusan di rantau Asia Pasifik oleh Washington untuk cuba melemahkan pengaruh China yang semakin berkembang.

Timbalan Setiausaha Nega-ra, Wendy Sherman dalam kenyataan di Twitter selepas bertemu Marcos berkata bahawa mereka membincangkan pelbagai isu, termasuk perikatan Filipina-AS, mengukuhkan hubungan ekonomi, memajukan hak asasi manusia dan “memelihara Indo Pasifik yang bebas dan terbuka”.

Marcos, anak lelaki diktator Filipina Ferdinand Marcos Sr, telah mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya bulan lalu, membimbangkan aktivis-
aktivis hak asasi manusia dan kumpulan pro demokrasi. – AP