Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Pegawai urusan haji berlepas ke tanah suci

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JUN – Bagi memastikan pengurusan haji bakal jemaah Negara Brunei Darussalam berjalan dengan lancar dan teratur di tanah suci, seramai 11 orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran dan Perubatan) Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji Tahun 1443H/2022M telah berlepas ke Arab Saudi dengan pesawat BI 519 pada pukul 5:45 petang kelmarin.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Osman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

    Rombongan berkenaan terdiri daripada lima orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran dan enam orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Perubatan.

    Rombongan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran, Haji Abdullah bin Haji Mohamad itu adalah bagi membuat persiapan-persiapan awal pengurusan hal ehwal haji dengan pihak-pihak berkenaan di Arab Saudi sebelum ketibaan jemaah haji Negara Brunei Darussalam di tanah suci.

    Penerbangan pertama jemaah haji Negara Brunei Darussalam bagi musim haji tahun 1443H/2022M dijadualkan bertolak pada 15 Jun, manakala penerbangan kedua pada 16 Jun.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama hadir di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan pegawai urusan haji.
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama rombongan urusan haji memanjat doa sebelum para pegawai berlepas ke tanah suci.

     

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...