Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Pegawai urusan haji negara selamat pulang ke tanah air

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Seramai 11 orang pegawai dari Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam bagi Musim Haji tahun 2022 terdiri daripada lima orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Pentadbiran dan enam orang pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Perubatan telah selamat pulang ke tanah air, hari ini.

    Hadir bagi menyambut kepulangan rombongan berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku Pemangku Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) di Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Anie Haryani binti Haji Abdul Rahman.

    Rombongan diketuai oleh Ketua Pejabat Urusan Jemaah Haji (Pentadbiran), Negara Brunei Darussalam, Haji Abdullah bin Haji Mohammad yang telah bertolak ke Arab Saudi pada 2 Jun lalu bagi membuat persiapan-persiapan awal bersama pihak-pihak berkenaan di Arab Saudi mengenai pengurusan hal ehwal haji sebelum ketibaan jemaah haji Negara Brunei
    Darussalam ke tanah suci.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri semasa hadir menyambut kepulangan rombongan pegawai haji berkenaan. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...