Peguam Negara terima kunjungan hormat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Dis – Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hairol Arni bin Haji Abdul Majid telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Eksekutif Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) di Bangunan Undang-undang, di sini, hari ini.

Semasa kunjungan hormat tersebut, Peguam Negara dan Yury Fedotov telah bertukar-tukar pandangan mengenai pembeterasan jenayah rentas sempadan dan juga berbincang mengenai cara untuk memperkukuhkan kerjasama dalam menangani fenomena tersebut.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tersebut adalah Peguamcara Negara, Dayang Zuraini binti Haji Sharbawi serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.

Yang Berhormat Dato Paduka Haji Hairol Arni ketika menerima kunjungan hormat daripada Yury Fedotov, kelmarin.