BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti POKSDSP Haji Mohd Salleh, semalam, telah menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Nicola Rosenblum.
Semasa kunjungan di Bangunan Undang-undang itu, kedua-duanya telah bertukar-tukar pandangan dalam beberapa perkara berkaitan dengan undang-undang serta peluang latihan dengan pejabat tersebut.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Penggubal Undang-Undang, Dayang Alice Khan binti Ahmad Khan serta pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara.
