Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peguam tentukan harta parti UMNO

    MELAKA, 28 Jun — Para peguam UMNO akan meneliti barangan rampasan dalam siasatan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya ada yang dimiliki oleh parti itu, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden parti berkata sekiranya ada antara barangan rampasan itu adalah milik parti itu, pihaknya bersedia mengikut perundangan sedia ada.

    “Kita akan mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada dan serahkan kepada peguam untuk mengaturkannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri dan Sesi Pengenalan Calon-calon Pemilihan Umno 2018-2021, di Ayer Keroh di sini hari ini.

    Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersalaman dengan Ketua Perhubungan Negeri Melaka Datuk Seri Idris Haron (kanan) pada Program Sesi Ramah Mesra bersama Calon Presiden UMNO, kelmarin. – Bernama

    Majlis yang dianjurkan Badan Perhubungan Umno Melaka itu turut dihadiri pengerusinya Datuk Seri Idris Haron, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga calon Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dan barisan calon yang bakal merebut jawatan tertinggi pada pemilihan parti 30 Jun ini.

    Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh meminta UMNO memberi keterangan kepada polis jika benar ada antara barangan rampasan termasuk wang tunai melibatkan siasatan kes 1MDB adalah milik parti itu.

    Amar Singh berkata namun pihaknya belum dapat mengenal pasti pemilik barangan rampasan yang dibuat di enam premis melibatkan bekas perdana menteri itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda