Peguam terkemuka mati ditembak

SRINAGAR, 25 SEPT – Seorang peguam terkemuka ditembak mati oleh penyerang di bandar utama di Kashmir yang ditadbir oleh India, kata polis dan keluarga mangsa hari ini.

Babar Qadri ditembak malam kelmarin di kediamannya di Srinagar oleh seorang penembak yang tidak dikenal pasti, menurut polis.

Keluarga Qadri berkata dua orang lelaki tiba di rumahnya dan memperkenalkan diri mereka sebagai klien. Ketika Qadri keluar, mereka melepaskan tembakan dan melarikan diri, menurut mereka.

Qadri dikejarkan ke hospital di mana doktor mengesahkan kematiannya. Polis berkata mereka sedang menjalankan siasatan.

Qadri adalah seorang yang lantang dalam debat di siaran berita televisyen India, di mana dia akan mempertahankan hak Kashmir untuk menentukan nasib sendiri.

Dalam debat terbaharunya, dia melaungkan ‘Hak milik India!’ dalam respons kepada ucapan ‘Hak milik Pakistan!’ yang dibuat oleh pengacara siaran berita.

Dalam beberapa hari kebelakangan sebelum kejadian, Qadri bertengkar dengan beberapa orang peguam mengenai tugas dalam persatuan peguam.

Kashmir sering menjadi sasaran pembunuhan sejak 1989, ketika pemberontak bersenjata menentang pemerintahan India di rantau yang bergolak. Ratusan orang telah terbunuh di mana kumpulan hak asasi manusia menuduh kumpulan militan dan tentera India cuba untuk menyembunyikan pembunuhan.

Kashmir terbahagi kepada India dan Pakistan dan kedua-dua negara menuntut hak rantau tersebut sepenuhnya. Kebanyakan penduduk Muslim Kurdish menyokong matlamat kumpulan pemberontak bahawa kawasan tersebut disatukan sama ada di bawah pemerintahan Pakistan atau sebagai sebuah negara merdeka. – AP