Wednesday, October 4, 2023
23 C
Brunei

    -

    Pegula, Cerundolo mara separuh akhir

    MIAMI, 31 MAC – Jessica Pegula dan Francisco Cerundolo mara ke separuh akhir Terbuka Miami semalam selepas lawan masing-masing menarik ketika aksi di suku akhir.

    Pegula mara ke separuh akhir akan menentang sama ada pemain nombor satu Iga Swiatek atau Petra Kvitova selepas pemain keenam dunia Sepanyol Paula Badosa menarik diri dalam set pertama.

    Pegula, anak kepada pemilik utama francais Buffalo Bills NFL, sedang mendahului 4-1 apabila pemain pilihan kelima Badosa memanggil jurulatihnya.

    Selepas perbincangan ringkas, pemain Sepanyol itu memutuskan untuk tidak meneruskan perlawanan.

    “Tidak bagus menang dengan cara begini. Saya tidak sabar bermain dengannya, dia mempunyai tahun yang menakjubkan,” kata Pegula, pemain pilihan ke-16.

    Aksi Francisco Cerundolo mengembalikan bola kepada Jannik Sinner dalam kejohanan Terbuka Miami di Miami Gardens, Florida pada 30 Mac 2022. – AP

    “Tapi dia tidak kelihatan sihat, saya harap kami akan bertemu semula apabila dia kembali sihat,” tambah pemain Amerika itu.

    Episod yang sama turut berlaku dalam acara suku akhir pertama lelaki apabila Jannik Sinner dari Itali tidak dapat meneruskan perlawanan menentang pemain Argentina, Cerundolo kerana mengalami kecederaan kaki.

    Cerundolo juga mendahului 4-1 dalam set pertama apabila perlawanan dihentikan.

    Ia telah menjadi kejohanan cemerlang untuk Cerundolo, 21 tahun, yang mengambil bahagian dalam acara ATP Masters pertamanya dan akan berdepan Casper Ruud untuk menempah satu tempat dalam final pada Ahad.

    “Ia adalah pelik hari ini tetapi saya berharap Jannik akan cepat sembuh,” kata Cerundolo.

    “Saya tahu saya dapat bertanding pada peringkat ini,” tambah pemain nombor 103 yang berjaya menewaskan Reilly Opelka, Gael Monfils dan Frances Tiafoe untuk mara ke separuh akhir.

    “Saya beraksi dengan baik dalam beberapa perlawanan di Amerika Selatan pada Februari.

    Saya tidak yakin memasuki gelanggang keras di sini tetapi sebaik sahaja bermain dalam perlawanan pertama saya, saya rasa hebat.

    “Ia adalah segala yang saya impikan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    24 mati dalam tempoh 24 jam di India

    NEW DELHI, 3 Oktober - Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah...