Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pegula mara pusingan akhir WTA Final

    CANCUN, 5 NOV – Jessica Pegula berjaya menewaskan Coco Gauff kelmarin untuk mara ke perlawanan akhir WTA Final, namun disebabkan masalah cuaca yang berterusan telah menyebabkan pertembungan Aryna Sabalenka dengan Iga Swiatek terpaksa ditunda akibat hujan.

    Pemain nombor satu dunia, Sabalenka dan nombor dua, Swiatek, hanya sempat bermain tiga perlawanan apabila hujan turun, yang menghentikan perlawanan antara kedua-duanya yang bersaing untuk menduduki nombor satu dunia hujung tahun.

    Jika juara Terbuka Australia, Sabalenka memenangi pertandingan tersebut, dia akan mengakhiri tahun ini di puncak ranking, tetapi jika juara Terbuka Perancis, Swiatek, mara dan menjuarai kejohanan ini, dia akan mendapatkan semula kedudukan nombor satu.

    Siapa pun yang memenangi pertandingan ini harus mengatasi Pegula yang penuh semangat, yang belum pernah kalah satu set di gelanggang keras luar di Cancun.

    Pegula berjaya mengatasi cuaca hujan dan keadaan berangin untuk mengalahkan juara Terbuka Amerika, Gauff, pasangan beregunya, dalam masa sejam.

    “Saya melaksanakan apa yang saya mahu lakukan dengan amat baik. Dalam keadaan berangin, saya rasa ia lebih berkesan dan saya cuba untuk tidak kecewa dengan servis atau pukulan balas atau apa-apa jenis halangan dan hanya memastikan kaki saya terus bergerak,” kata Pegula. – AFP

    Pegula melambai kepada para penonton selepas perlawanan separuh akhir kejohanan tenis WTA Finals di Cancun, Mexico, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda