Pejabat AMBD tutup 25-27 Mei

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) memaklumkan bahawa bagi menyambut kedatangan bulan Syawal 1441H/2020M, pejabat AMBD akan ditutup bermula 25 hingga 27 Mei dan akan dibuka semula pada 28 Mei.

AMBD dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, menyatakan lagi bahawa Sistem Real Time Gross Settlement (RTGS) AMBD, sistem Automated Clearing House (ACH) dan sistem Central Securities Depository (CSD) juga akan mula beroperasi seperti biasa bermula 28 Mei.

AMBD juga memaklumkan orang ramai mengenai operasi bagi perkhidmatan-perkhidmatan awam AMBD selepas cuti awam Syawal 1441H/2020M ialah Biro Kredit (Self-Inquiry Reports and Dispute Resolution), Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari 1:45 petang hingga 3:30 petang serta Jumaat dari pukul 8:15 pagi hingga 10:30 pagi.

Sementara itu, Isu Pengguna Kewangan AMBD adalah dengan perjumpaan melalui perjanjian sahaja. Orang ramai juga boleh menghubungi pihak Isu Pengguna Kewangan melalui e-mel, [email protected] atau di talian 2380007 semasa waktu bekerja.

Kaunter Baki Tidak Dituntut adalah dengan perjumpaan melalui perjanjian sahaja. Orang ramai juga boleh menghantar permohonan bagi baki yang tidak dituntut melalui e-mel ke [email protected] Maklumat lanjut mengenai proses permohonan boleh didapati melalui pautan https://www.ambd.gov.bn/consumer/unclaimed-money. Orang ramai juga boleh menghubungi talian 2380975 semasa waktu bekerja bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenainya.

Galeri Mata Wang AMBD dan Gift Shop pula ditutup. Walau bagaimanapun, beberapa mata wang kenang-kenangan boleh diperoleh dari cawangan-cawangan Aewon Garment and Embroidery di Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Hotel Radisson Brunei.

Mesin Deposit Duit Syiling AMBD juga ditutup dan sebagai alternatif, orang ramai boleh membuat deposit syiling untuk dimasukkan ke dalam akaun bank melalui bank masing-masing.

AMBD juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami dan seterusnya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.