Tuesday, April 23, 2024
35.6 C
Brunei

    -

    Pejabat baharu RHB Bank Brunei dirasmi

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – RHB Bank Brunei secara rasminya telah berpindah ke bangunan baharu di Jalan Pasar Baharu, Kampung Kiarong dengan pelancaran pejabat baharunya dilangsungkan hari ini.

    Hadir merasmikan pejabat baharu RHB Bank Brunei itu ialah Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank (BDCB), Hajah Rokiah binti Haji Badar selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir sama merasmikan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

    Pengarah Urusan, Kumpulan Perniagaan Antarabangsa dan Kumpulan Perbankan Korporat, Kumpulan Perbankan RHB, Wendy Ting dalam ucapannya mengongsikan operasi mereka di Bru-nei adalah atas sokongan kuat dan bimbingan BDCB, serta kepercayaan yang telah diraih dari penduduk dan peniaga tempatan.

    Menurutnya lagi, premis baharu itu direka untuk menzahirkan suasana yang lebih segar, mesra pelanggan dan sebahagian usaha berterusan pihak RHB menyajikan akses dan kemudahan yang lebih baik kepada pelanggan.

    Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Operasi RHB Bank Brunei, Haji Ishak Othman dalam ucapannya menjelaskan usaha mereka tertumpu kepada mewujudkan dan meningkatkan pasaran khusus yang melengkapkan sektor industri kewangan di Brunei.

    Beliau juga menyatakan dengan sokongan dan bimbingan berterusan daripada BDCB dan kepercayaan yang diperoleh daripada penduduk dan perniagaan tempatan telah membawa kepada pertumbuhan yang memberangsangkan sepanjang tujuh tahun lalu, dengan jumlah aset dan prestasi kualiti aset meningkat secara positif.

    Hajah Rokiah, TYT Dato’ Raja Reza dan Wendy Ting semasa merasmikan pembukaan pejabat baharu RHB Bank Brunei.
    Tetamu kehormat dan tetamu-tetamu khas dibawa melawat ke ruang pejabat baharu RHB Bank Brunei.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...